Sunday, April 18, 2010
title:{Dynaz Tunggu Masa 'Meletup'}

Satu ketika dulu model serta pelakon, Dynaz Mokhtar pernah menerima dugaan besar apabila bayi yang dikandung selama tujuh bulan meninggal dunia pada April tahun lalu. Bayi perempuan yang diberi nama Emma Nafisa meninggal ketika dalam kandungan. Kejadian itu sesungguhnya meninggalkan kesan mendalam kepada Dynaz atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar. Namun berkat sokongan daripada suami dan keluarga, Dynaz redha dengan ketentuan Ilahi dan tabah melaluinya.Namun, tiada apa yang lebih menggembirakan Dynaz dan suami, Mohd Hafizy Hafiz apabila selang beberapa bulan, Dynas disahkan hamil sekali lagi. Dynaz dan suami kini sedang menghitung hari, menunggu detik kelahiran anak mereka yang dijangka lahir pada 22 April ini."Saya sangat berhati-hati dan berdebar-debar bila kandungan memasuki usia tujuh bulan. Memandangkan kandungan sebelum ini gugur pada usia tujuh bulan, saya lebih banyak duduk di rumah sahaja."Tidak sabar menunggu detik indah ini, Dynaz mengakui, apabila kandungan memasuki usia lapan bulan, dia kembali aktif seperti biasa. Melihatnya yang terlalu aktif dan sering kelihatan di setiap majlis hiburan yang dianjurkan, timbul kerisauan di hati GUA. Maklumlah sebelum ini Dynaz pernah mengalami masalah dengan kandungan pertamanya.
"Doktor menasihatkan Dynaz supaya banyak berjalan. Lagipun banyak benda Dynaz kena uruskan."Jika pengalaman mengandung sebelum ini, Dynaz terlalu ‘moody’ dan sering muntah-muntah, kini dia bersyukur kerana keadaan yang sebaliknya berlaku."Untuk kandungan kali ini, sangat ‘relax’. Dynaz tak mengidam untuk makan apa-apa, muntah-muntah pun tidak ada. Alhamdulillah tidak ada masalah."Memandangkan Dynaz pernah mengalami keguguran sebelum ini, pelakon berusia 27 tahun ini kini mengambil sikap lebih berhati-hati."Dynaz pun dah berhenti berlakon sejak Disember lalu. Sekarang Dynaz cuma ada banyak ‘photoshoot’. Selain itu, Dynaz juga sibuk sebab nak pindah rumah baru. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, Dynaz tak memandu sendiri. Sehingga minggu ini jadual Dynaz memang padat," akuinya yang bertuah kerana mempunyai rakan-rakan ‘Celepets’ yang banyak membantu.Butik DNA kini tanpa AwalDalam pada menghitung hari nak ‘meletup’, Dynaz kini sedang sibuk dengan perniagaan barunya, DnA Exclusive Fashion Café. DnA Exclusive Fashion Café merupakan gabungan antara butik dan kafe.Umum mengetahui Dynaz turut memiliki butik DnA CelebrityStyle di Sri Hartamas usahasamanya dengan pelakon Awal Ashaari. Namun mereka kini tidak lagi bekerjasama kerana Awal telah menarik diri kerana terlalu sibuk dengan komitmen kerja."Dynaz masih mengekalkan nama DnA kerana rakan perniagaan baru Dynaz turut bermula dengan huruf A," jelas ibu mengandung ‘vogue’ ini yang turut menepis gosip kononnya dia mempunyai masalah dengan Awal."Tarikh pembukaan pusat membeli-belah itu bersamaan dengan ‘due date’ Dynaz. Mungkin Dynaz akan melancarkan DnA Exclusive Fashion Café ini selepas habis berpantang."Ditanya adakah Dynaz akan memperkenalkan bayinya ketika pelancaran butik barunya, Dynaz menjawab, "Masa nak ‘scan’ pun susah. Tengoklah dulu macam mana kalau dia tak ‘camera shy’."
4/18/2010 07:41:00 AM;


Music Playlist at
MixPod.comcenter>
N {LA VOISINE}
HIDUP,
Perjuangan abadi oleh semua yang bernafas yang merasai akan agungnya,
Karya ciptaan Nya hidup menempuh pelbagai cabaran;
Semata untuk mempastikan kita pejuang yang berjaya,
Menempuh dan mengalami erti nya yang sebenar ...
Hidup pelbagai Definisi diberikan Kepalsuan,
Kesusahan,
Kerakusan dan kebahagiaan.
Namun satu yang dicari,
Pengalaman yang tidak akan kembali;
Hidup Akhirmu bukan dikubur,
Namun bergantung kepada perjuanganmu.
Nanti akan ditentukan Nya ...
N {ATRIBUIR}
Layout
RAHH;{
/designer}
CACP.CSGBB.MASEXY.JENKINS2.0.{
/font}
N {MELOMANE}
I'm the only daughter in my family.
People assume and think that it's good being an only child.
But, it's otherwise.
Being the only child is not as awesome as you think.
I'm a quiet person but that does not mean I don't communicate.
People who don't know me very well will think I am unfriendly and stuck up.
But, trust me, I am extremely friendly.
I tend to be pampered by people who are really close to me.
I am childish on some days.
I'm very simple and that does not mean I am simple minded, okae ?
I tend to respect people who respect me.
I despise hypocrites and especially liars.
I am in love with cats despite the fact that they are really nasty when they bite me.

Most important of all, my dad and mum are my precious.
And of course, the one and only
Mr. Marshmellow.
{
/Multiply}
N {AMI}
{
/Fatin}
{
/Hani}
{
/Liyana A.}
{
/Liyana}
{
/MDeeA}
{
/Nadirah}
{
/Nurul}
{
/SynntaClaus}
{
/Typical Mat Says}
{
/Sleeq}
{
/Ziana Zain}
{
/Murai, your one stop online gossip !}
{
/Taufik Batisah}
{
/Gua mau gossip jugak !}
{
/Misteri !}
{
/Makan Time !}
{
/RSR aka cooking time !}
N {DISCOURIR}
N {DEMENTI}
its a free country(:
